Latar Belakang Desa KEDA Sungai Salleh

Dewan Aktiviti Masyarakat KEDA Sungai Salleh

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Sungai Salleh merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Kampung Tradisional oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1991. Penempatan ini mula diduduki pada tahun 1993 dengan bilangan rumah sebanyak 173 buah rumah dan memberi manfaat kepada 877 orang penduduk di Daerah Bandar Baharu.